My Add

Wednesday 18 January 2012

Nik Aziz kata Pas tidak bimbang jelajah Hasan Ali

KOTA BHARU, RABU, 18 Jaanuari, 2012: Pas tidak bimbang dengan cadangan jelalah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

Beliau berkata, kini Hasan bukan lagi ahli Pas dan beliau boleh berbuat apa saja bukan atas nama parti itu.

"Beliau (Hasan) bebas berbuat apa saja atas sifatnya sendiri dan bukan atas nama parti kerana beliau tidak lagi menjadi ahli Pas," kata Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai cadangan "road show" itu untuk Hasan menjelaskan kedudukannya dalam politik selepas dipecat dari Pas.

Menteri Besar Kelantan itu bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat lima ahli Parlimen dari China diketuai Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan China, Thao Guang Qing, di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, hari ini. 

Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengalu-alukan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai EXCO Selangor yang baru menggantikan Hasan. 

Sebelum digugurkan, Hasan memegang jawatan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment