My Add

Thursday 12 January 2012

Nik Aziz sambut baik keputusan benar guna dakwat kekal

KOTA BHARU, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bahawa penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah harus dan dibenarkan.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak berkaitan yang berusaha sehingga membolehkan penggunaan dakwat kekal itu, beliau berkata, pengundi yang mengundi dua kali adalah penipu dan berdosa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan ahli majlis pihak berkuasa kerajaan tempatan negeri Kelantan di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment