My Add

Saturday 7 January 2012

Orang Melayu kini sedar kepentingan UMNO: Muhyiddin

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY

PAGOH, SABTU, 07 Januari, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya dan yakin orang Melayu kini sedar bahawa kuasa politik adalah penting dalam usaha membela nasib bangsa dan meneruskan kelangsungannya di negara ini.

Beliau berkata, tiada pilihan lain lagi selain UMNO yang dapat menjadi harapan orang Melayu melalui peranannya sebagai peneraju kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Keamanan negara yang dikecapi sejak merdeka sehingga kini memberi peluang untuk rakyat memajukan diri dan keluarga.

"Malah Malaysia kini menjadi negara Islam contoh kepada negara lain," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Dan Dialog Bersama Imam-Imam Parlimen Pagoh di Dewan Kompleks Seri Pekembar, di sini hari ini.

Penganjur bertanggungjawab jika tercetus kekacauan

Muhyiddin Yassin berkata, penganjur “Kempen Bebaskan Anwar 901” hendaklah bertanggungjawab jika tercetusnya kekecohan dan huru-hara dalam perhimpunan yang bakal diadakan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah, Jalan Duta Isnin ini.

Jelasnya, walaupun mendapat tentangan ramai pihak yang memfailkan laporan polis, jaminan perhimpunan itu diadakan secara aman telah diberikan oleh penganjurnya dan kebenaran diluluskan berdasarkan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang telah dibentangkan di Parlimen sebelum ini.

"Polis akan menggunakan peruntukan undang-undang itu, walaupun ramai tidak setuju tetapi perlu bagi ruang sedikit kerana soal pokok yang penting di sini adalah pihak kumpulan Anwar (PKR) sudah bersetuju perhimpunan tidak akan cetus huru-hara.

"Saya telah dimaklumkan, polis telah memperuntukkan kawasan untuk perhimpunan dan ada beberapa prosedur tertentu yang perlu dipatui. Terserah kepada pimpinan parti ini kalau benar-benar faham semangat undang-undang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment