My Add

Thursday 12 January 2012

Orang ramai dijemput derma darah di Hospital Pulau Pinang Sabtu ini

GEORGETOWN, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Orang ramai dijemput untuk menderma darah di Unit Tabung Darah Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, Sabtu ini. 

Pengarah HPP, Yasmin Sulaiman berkata kempen akan bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

"Unit Transfusi Perubatan HPP akan mengadakan kempen derma darah bagi menampung bekalan darah yang semakin berkurangan dan diharapkan orang ramai yang pernah menderma atau belum pernah supaya tampil untuk menderma darah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Patologi di talian 04-2225145. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment