My Add

Monday 16 January 2012

'Pas hanya pandai berjanji'

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU, ISNIN, 16 Januari, 2012: Rakyat negeri ini harus berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana memberikan pelbagai bantuan termasuk yang terbaru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia berbeza dengan kerajaan Pas Kelantan yang hanya pandai berjanji sejak 22 tahun lalu tetapi tidak menunaikannya.

Beliau berkata, bantuan-bantuan tersebut telah membuktikan bahawa Kerajaan Pusat sejak dahulu lagi mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

"(Pada masa) 20 tahun lalu, kerajaan Pas Kelantan telah berjanji untuk memberikan sumbangan sebanyak RM100 kepada rakyat yang berusia 55 tahun ke atas tetapi sehingga hari ini bantuan itu tidak ada.

"Selain itu, di Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memberikan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada 32,000 orang dan hari ini, mereka dapat lagi RM500 untuk BR1M, kita adil dalam memberikan bantuan tidak kira latar politik, agama dan kaum," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengagihan BR1M di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Chat di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.

Pada majlis tersebut seramai 1,518 orang menerima bantuan tersebut secara tunai berjumlah RM750,000.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pengagihan wang tersebut akan diagihkan ke seluruh Kelantan dalam tempoh dua bulan bermula hari ini.

"Majlis hari ini merupakan pengagihan BR1M yang pertama di negeri ini. Sehingga kini seramai 70,000 rakyat negeri ini layak menerima bantuan ini.

"Bagi nama-nama yang tercicir ada proses rayuan. Inilah konsep negara berkebajikan yang kerajaan buat sejak dahulu lagi tetapi pembangkang baru hendak laung-laungkan," katanya. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment