My Add

Friday 20 January 2012

Pas ibarat keldai bawa kitaib: Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Januari, 2013; Pas kini diibaratkan seperti keldai yang membawa kitab ajaran Islam dalam pakatan pembangkang berikutan kegagalan parti itu mengekalkan portfolio Hal Ehwal Agama di Selangor yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr. Hasan Ali setelah digugurkan daripada jawatan itu Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perkara itu amat memalukan serta merugikan Pas kerana pengambilalihan portfolio tersebut oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan PKR dan sekutunya DAP tidak lagi mempercayai Pas.

Menurutnya, perkembangan terbaru di Selangor itu menunjukkan PKR serta DAP sekali lagi berjaya mengetepikan peranan Pas daripada terus memperjuangkan perkara penting berkaitan agama seperti isu murtad, penjualan arak serta perjudian di negeri ditadbir pembangkang.

"Sebelum ini, di Pulau Pinang, ADUN Pas di Permatang Pasir iaitu Salleh Man langsung tidak diberi apa-apa portfolio walhal pakatan pembangkang dahulu menjanjikan beliau jawatan Exco Hal Ehwal Islam atau Pengerusi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang tapi sampai saya sudah keluar PKR pun Salleh tidak diberikan jawatan itu.

"Ini satu penghinaan besar kepada Pas kerana dalam al-Quran, Allah ada berfirman bahawa akan ada masanya kita melihat pihak yang sepatutnya memperjuangkan Islam diketepikan daripada tanggungjawab itu ibarat keldai yang membawa kitab, bawa sahaja tapi kuasanya tidak ada," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad pula memberitahu, beliau khuatir dengan perkembangan itu sekiranya Abdul Khalid tidak dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam memperjuangkan isu sensitif berkaitan umat Islam seperti dalam hal menentang gerakan murtad.

Menurutnya, ini kerana sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid dilihat cenderung untuk 'menjaga hati' pelbagai pihak di negeri itu terutama masyarakat bukan Islam serta atas dasar perkongsian kuasa dengan DAP.

"Abdul Khalid terbukti berlembut dalam isu murtad apabila segera meminta maaf kepada pihak gereja berikutan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja berkenaan walaupun terdapat bukti percubaan memurtadkan umat Islam di sana.

"Jadi, Pas yang paling kasihan kerana mereka kini hanya akan ditugaskan mengumpul ramai penonton untuk perlawanan bola sepak atau sebarang bentuk demonstrasi," jelasnya. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment