My Add

Sunday 8 January 2012

PAS pecat Hasan Ali

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Januari, 2012: PAS dalam mesyuarat yang diadakan hari ini memecat Datuk Dr Hasan Mohd Ali (gambar) daripada parti, berkuatkuasa serta merta.

“Selepas mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan ahli jawatankuasa Pas Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, Pas Pusat membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli Pas berkuatkuasa serta merta,” kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Dr Hasan adalah EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam kerajaan negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment