My Add

Thursday 12 January 2012

Pas tawar lima manifesto tambahan untuk rampas Terengganu

HULU TERENGGANU, KHAMIS, 12 Jananuari, 2012: Bagi memperkuatkan parti dalam usaha merampas kembali Terengganu pada pilihan raya umum ke-13, Pas Terengganu hari ini menawarkan lima manifesto tambahan kepada manifesto lima perkara yang diumumkan pada Oktober 2010.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, lima tawaran terbaru itu ialah meneruskan perjuangan mengembalikan hak royalti petroleum ke Terengganu, pengambilan balik tanah yang terlibat dengan pembangunan rumah kediaman oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan tapak gantian baru atau rumah penempatan gantian kepada pemilik terlibat.

"Lain-lainnya ialah menawarkan bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik rumah yang bermeter individu setiap bulan, menambah sekolah agama rakyat dan pusat-pusat pengajian pondok dan yang terakhir mewujudkan semula institusi pengajian Islam milik kerajaan negeri.

"Macam KUSZA (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin) dengan mengutamakan anak-anak Terengganu,” katanya pada sidang media di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment