My Add

Thursday 19 January 2012

Pelaksanaan gaji minimum swasta tak beri kesan besar

IPOH, KHAMIS, 19 Januari, 2012: Kerajaan yakin skim gaji minimum dalam sektor swasta hanya akan memberi sedikit kesan negatif tidak langsung kepada orang ramai jika ia dilaksanakan kelak, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, kajian oleh kementerian itu mendapati walaupun ada sedikit kesan tidak langsung, ia tidak menimbulkan isu besar seperti kenaikan harga barang keperluan.

"Kita telah membuat kajian dan mendapati walaupun ada kesan yang sedikit dan tidak langsung, ia tidak akan menjadi isu besar kerana orang ramai akan menikmati lebih banyak kebaikan yang mendatang hasil pelaksanaan skim gaji itu berbanding masalah lain yang dihadapi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar ”Peranan Kesatuan Sekerja Dalam Menjadikan Malaysia Negara Berpendapatan Tinggi” di sini hari ini.

Kerja awal kajian berhubung pelaksanaan skim gaji minimum telah dijalankan dan hasilnya akan dikemukakan kepada Kabinet bagi mendapat kelulusan sebelum dibentangkan ke Parlimen dalam tempoh terdekat, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment