My Add

Tuesday 10 January 2012

Pemecatan Hasan Ali urusan Pas

BLOEMFONTEIN, Afrika Selatan, SELASA, 10 Januari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali dari Pas ada kaitan dengan perbezaan pendapat mengenai hala tuju Pas pada masa kini dan akan datang.

Sambil menyifatkan ia urusan dalaman Pas, Perdana Menteri berkata, pemecatan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor oleh Pas Pusat itu bukan semata-mata soal individu itu sendiri.

“Tapi permasalahan (pemecatan) ini ada sangkut-paut dengan dasar dan hala tuju Pas yang nampaknya ada perbezaan besar dari segi pendapat mengenai perkara ini.

“(Cuma) pada pokoknya, ia urusan dalaman Pas dan UMNO sama sekali tidak ada kaitan dengannya,” kata beliau kepada wartawan Malaysia selepas menerima kunjungan hormat Naib Presiden Kenya, Stephen Kalonzo Musyoka di sini semalam. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment