My Add

Thursday 12 January 2012

Penduduk mahu perkampungan Batu Uban dikekalkan

GEORGETOWN, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Penduduk Batu Uban di sini mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP agar tidak meluluskan sebarang pembangunan di kampung itu sebaliknya membangunkan ia sebagai Kampung Warisan Hidup.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Penduduk Batu Uban, Liakaf Ali berkata, kerajaan negeri seharusnya menyelamatkan kawasan penempatan dan warisan terawal Melayu di Pulau Pinang itu daripada pembangunan yang mementingkan keuntungan komersial semata-mata.

"Kami dapat tahu 62 buah rumah di kawasan Batu Uban akan dirobohkan bagi membina sebuah kondominium 31 tingkat dan sebuah flat 11 tingkat dan difahamkan pelan projek itu telah dihantar pada tahun lepas.

"Bagaimanapun kami tidak pasti sama ada ia telah diluluskan atau belum, jadi penduduk di sini minta kerajaan negeri tidak meluluskan projek berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pulau Betong, Muhamad Farid Saad, dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Sejarah Dan Peradaban Melayu Pulau Pinang (Peradaban), Gabungan Bela Hak Insan, Persatuan Sejarah dan Warisan Pulau Pinang dan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment