My Add

Thursday 19 January 2012

Pengajian perubatan dibangunkan dengan institusi Britain

PUTRAJAYA, KHAMIS, 19 Januari, 2012: Malaysia hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan dua institusi Britain bagi membantu membangunkan pengajian perubatan negara yang bertaraf dunia.

Majlis MoU dengan Kolej Pakar Perubatan Diraja (RCP) London dan Universiti Newcastle-upon-Tyne itu disaksikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kumpulan pertama seramai 30 orang doktor kanan dan pakar perubatan akan memulakan latihan mereka di kedua-dua institusi itu mulai Mac ini, bagi melahirkan pengajar perubatan yang cemerlang.

"Kursus ini adalah penting kerana mereka perlu memberi panduan kepada graduan perubatan yang bekerja dengan kementerian untuk menjalani latihan.

"Ini sebagai permulaan. Kita akan latih ramai lagi di masa depan. Kita mahu orang ramai tahu yang kita sangat prihatin untuk terus meningkatkan perkhidmatan kementerian yang berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment