My Add

Monday 9 January 2012

Penganjur hanya pentingkan diri sendiri

KUALA LUMPUR, isnin, 09  Januari, 2012: Kempen Bebaskan Anwar 901 yang digerakkan Parti Keadilan rakyat (PKR) merupakan perjuangan menuntut keadilan individu tertentu sahaja.

Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak, Datuk Megat Zukarnain Omar Din berkata, ia juga jelas menampakkan penganjur perhimpunan itu hanya mementingkan diri sendiri dan mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, rakyat seharusnya menilai tindakan penganjur kempen itu kerana apa yang dilakukan itu langsung tidak memberi manfaat, sebaliknya hanya mendatangkan kerugian kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara.

Katanya, ia berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) selama ini yang lebih bersifat membela rakyat.

"Dalam membela nasib rakyat misalnya, apakah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali ketika ini. Sebagai contoh, nasib penduduk 10 rumah di Lot 1880, Jalan Kampung Tengah 4 yang bakal dirobohkan pemaju.

"Beliau bukan sahaja tidak pernah turun padang, sebaliknya hanya sibuk mengatur perhimpunan 901 esok," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan komputer riba kepada 50 badan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) serta pelajar cemerlang di sini, kelmarin.

Turut hadir, Penyelaras DUN Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment