My Add

Saturday 7 January 2012

Perbuatan vandalisme hentam kerajaan akan dikena tindakan

KUALA LUMPUR, SABTU, 07 Januari, 2012: Pihak yang dikenalpasti melakukan vandalisme dengan mengecat dinding bangunan kemudahan awam dengan ayat menghentam kerajaan boleh dikenakan tindakan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, perbuatan vandalisme tidak memberi hasil yang positif untuk masyarakat setempat mahupun negara sebaliknya hanya menyebabkan kos tinggi untuk kerja pembersihan.

"Pihak tidak bertanggungjawab itu telah mengecat ayat-ayat menghentam kerajaan dan menggalakkan perhimpunan pada Isnin ini.

"Kita akan bersihkan kawasan-kawasan itu, sekiranya kita dapat tangkap mereka yang melakukan perbuatan itu, tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita ketika melawat Taman Rekreasi Bukit Kerinchi Fasa Pertama di sini hari ini.

Raja Nong Chik berkata, pihaknya akan berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengatasi masalah vandalisme di ibu kota. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment