My Add

Tuesday 10 January 2012

Perhimpunan ganggu urusan perniagaan

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Hadi Awang diiringi pengawalnya keluar dari pekarangan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam, selepas Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan liwat.


KUALA LUMPUR, SELASA, 10 Januari, 2012: Rata-rata peniaga di sekitar Kompleks Kerajaan Jalan Duta menganggap perhimpunan 'Kempen Bebaskan Anwar 901' hari ini mengganggu urusan perniagaan mereka.

Peniaga di pusat penjaja Selera Duta, Abd. Aziz Yahya, 59, berkata, perhimpunan itu menyebabkan kesesakan jalan raya sehingga menyukarkan pelanggan untuk menjamu selera.

"Kami semua mencari makan dan tidak mahu ada sebarang gangguan. Walaupun terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya ekoran perhimpunan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak polis yang berjaya mengawal keadaan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Abd. Aziz berkata demikian ketika mengulas mengenai perhimpunan 'Kempen Bebaskan Anwar 901' hari ini di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Tambahnya, sepatutnya masyarakat perlu yakin dengan sistem perundangan negara dan tidak perlu mengadakan perhimpunan seperti itu.

Seorang lagi peniaga, Nurazlina Aziz, 43, berkata, peniaga dan orang ramai tetap berasa terancam dengan perhimpunan itu.

"Perhimpunan di hadapan pusat penjaja ini menyusahkan orang ramai yang ingin membeli makanan. Sebelum ini, saya pernah berhadapan dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Pelanggan takut untuk berurusan pada waktu itu," katanya.

Rajena Manan, 43, memberitahu, dia terpaksa menempuh kesesakan lalu-lintas dan kesukaran untuk ke tempat berniaga pada hari ini.

"Nasib baik tiada rusuhan teruk berlaku. Namun, apa akan jadi sekiranya keputusan tidak memihak kepada Anwar tadi dan dia dipenjarakan?" katanya.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment