My Add

Thursday 12 January 2012

Peruncit boleh simpan lebih banyak minyak masak bulan ini

PUTRAJAYA, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Peruncit boleh menambah kuota simpanan minyak masak sebanyak 10 peratus untuk bulan ini bagi menjamin bekalannya mencukupi terutama menjelang perayaan Tahun Baru Cina.
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semalam. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bersetuju membenarkan peruncit berbuat demikian apabila pembungkusan semula dan pengangkutan dijangka cuti pada 23 dan 24 Januari ini.

KPDNKK juga membuat persediaan awal dengan membenarkan pejabatnya di setiap kawasan menyimpan stok bagi menjamin bekalan minyak masak mencukupi menjelang cuti perayaan nanti. 

No comments:

Post a Comment