My Add

Sunday 15 January 2012

Petronas pemangkin industri minyak, gas Sabah

KOTA KINABALU, AHAD, 15 Januari, 2012: Kehadiran Petronas sejak awal 1970-an telah terbukti berjaya menjadi pemangkin ekonomi untuk Sabah terutamanya dalam industri minyak dan gas, kata Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Tun Said.

Beliau berkata, sehingga Ogos tahun lepas, Petronas telah mencatatkan kira-kira RM61 bilion dalam aktiviti-aktiviti huluan dan hiliran sektor petroleum Sabah sekali gus memberikan sumbangan yang ketara kepada pembangunan negeri.

"Ini merupakan jumlah wang yang banyak dan warga Sabah seharusnya berterima kasih kepada Petronas.

"Tanpa ragu-ragu lagi, Petronas amat komited dalam usahanya mengembangkan industri minyak dan gas negeri yang merupakan seiringan dengan program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya di sini hari ini.

Salleh berkata, ini terbukti daripada aktiviti hiliran Petronas yang rancak dan kukuh, yang termasuklah penapisan minyak, loji petrokimia, pengagihan produk petroleum, cawangan runcit dan syarikat pengedaran gas asli, di dalam negeri. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment