My Add

Saturday 21 January 2012

PM umum bantuan RM5,000- RM10,000 baiki rumah nelayan

KUANTAN, SABTU, 21 JaNUARI, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan antara RM5,000 dan RM10,000 untuk membaik pulih rumah kaum nelayan dalam usaha membela nasib golongan itu di seluruh negara.

 Sambil menegaskan nasib golongan itu akan terus dibela di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), Najib berkata, beliau difahamkam bahawa borang permohonan untuk inisiatif yang akan dilaksanakan sedikit masa lagi itu sedang diedarkan melalui persatuan-persatuan nelayan.

"Nak buat rumah baharu boleh, tapi saya dengar khabar nelayan ni tak boleh tidur kalau tak dengar bunyi ombak, mesti tepi laut, nak pindah(kan ke kawasan lain) susah.

"Jadi, sebahagian daripada RM300 juta kita akan guna untuk menambah baik rumah-rumah nelayan di seluruh negara,” kata Najib ketika melancarkan Program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan bertujuan membantu golongan nelayan, di Tanjung Lumpur di sini.

Perdana Menteri merujuk kepada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Oktober lepas. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment