My Add

Sunday 8 January 2012

Polis dipermainkan?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Januari, 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali semalam mendakwa, polis tidak mengenakan sebarang syarat ketika mereka bersetuju membenarkan perhimpunan kempen Bebaskan Anwar 901 diadakan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini Isnin ini.

Oleh itu, katanya seperti mana dilaporkan oleh laman berita rasmi PKR, KeadilanDaily, parti itu tidak terikat dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa selepas persetujuan tersebut dicapai.

“Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN (Parti Keadilan Rakyat) menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada Jumaat 6 Januari 2012.

“Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia).

“Oleh demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini, selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Semalam, selepas mengadakan pertemuan dengan Mohmad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Azmin memberi jaminan perhimpunan tersebut akan berjalan secara aman dan teratur.

Beliau turut berterima kasih dan menghargai polis kerana menjemputnya bagi membincangkan berkenaan perhimpunan tersebut.

Sementara itu, polis mengenakan 10 syarat bagi perhimpunan tersebut, termasuk larangan membawa sepanduk, pembesar suara dan ucapan awam. - Mingguan Malaysia

No comments:

Post a Comment