My Add

Saturday 21 January 2012

Polis rampas 38.5KG ganja bernilai RM90,000

PETALING JAYA, SABTU, 21 Januari, 2012: Polis merampas 40 ketulan mampat ganja seberat 38.5 kilogram bernilai RM90,000 dan menahan dua lelaki dalam dua kereta berasingan di Jalan SS 12/1 Wangsa Baiduri, dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata dalam kejadian pada pukul 3.15 petang, suspek yang dalam berada dalam dua kereta berasingan jenis Proton Wira dan Proton Iswara ditahan oleh anggota peronda polis semasa melakukan rondaan.

Hasil pemeriksaan, katanya, polis menemui 30 ketulan mampat ganja dalam kereta Proton Wira dan 10 ketulan dalam Proton Iswara dan menahan suspek yang berumur 23 dan 40 tahun.

” Kedua-dua suspek ditahan reman selama dua minggu bermula semalam dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti saki baki kumpulan itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Yahaya berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek itu memiliki rekod jenayah lampau berhubung kes narkotik dan kes curi kenderaan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment