My Add

Saturday 21 January 2012

Polis Selangor keluarkan 1,942 saman

SHAH ALAM, SABTU, 21 Januari, 2012: Meskipun baru empat hari Ops Sikap ke-25 bermula, Polis Selangor mengeluarkan sebanyak 1,942 saman kepada pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan trafik di negeri ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Zulkifli Junit berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,095 saman dikeluarkan kepada pengguna motosikal.

Beliau berkata, jumlah itu amat membimbangkan memandangkan pengguna motosikal juga dikenal pasti sebagai penyumbang terbesar kepada kadar kemalangan yang berlaku di negeri ini.

"Daripada jumlah saman yang dikeluarkan kepada pengguna motosikal itu, sebanyak 471 saman dikeluarkan kerana tidak memiliki lesen memandu selain 101 kerana cukai jalan tamat tempoh," katanya selepas mengetuai operasi itu di Bukit Jelutong hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment