My Add

Monday 9 January 2012

Polis temui parang, pisau pemotong dalam kereta

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Januari, 2011: Polis menemui parang dan paisau pemotong daging di dalam sebuah kereta Nissan Sunny yang diletakkan berhampiran lokasi letupan pertama yang berlaku pada jam 10.40 pagi, berdekatan lampu isyarat laluan masuk ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini. 

Letupan itu menyebabkan sebuah kereta polis Perodua Kembara rosak serta dua lelaki cedera ringan pada bahagian muka.

Dipercayai bahan letupan yang diletakkan di dalam kon itu adalah buatan sendiri menggunakan bebola besi.

Ketika ini, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar turut berada di lokasi berkenaan manakala pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan lanjut berhubung insiden letupan itu. 

No comments:

Post a Comment