My Add

Thursday 19 January 2012

Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear di UTM

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 19 Januari, 2012: Buat julung kalinya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear mulai sesi pengajian pada September depan.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Ujang berkata, kursus seumpama itu merupakan yang pertama ditawarkan di institusi pengajian tinggi di negara ini.

"Objektif mewujudkan kursus tersebut mulai sesi akademik 2012/2013 ini bertujuan membekalkan tenaga alternatif kepada sistem yang ada sekarang.

"Kita (UTM) memberi peluang kepada mahasiswa dan calon mahasiswa mendalami hal berkaitan nuklear kerana nuklear diperlukan dalam pelbagai bidang seperti perubatan dan tenaga,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UTM, Prof. Rose Alinda Alias sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM yang baru, di sini, hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment