My Add

Friday 20 January 2012

Program kerjasama untuk bantu siswa mulakan perniagaan

SERDANG, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Satu program kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Putra Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) yang dijalin hari ini dilihat mampu mengatasi masalah golongan siswa semasa hendak memulakan perniagaan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tiga masalah utama yang biasa dihadapi oleh siswazah ketika mahu memulakan perniagaan ialah berkaitan modal, mentor dan jaringan perniagaan.

"Namun dalam kerjasama yang dijalankan ini, ia dilihat boleh mengatasi masalah tersebut. Ini kerana MTDC akan menyediakan modal teroka untuk syarikat yang ditubuhkan siswazah, ia juga menjadi mentor, mencari serta menyediakan jaringan perniagaan.

"Manakala kekuatan universiti pula ialah dalam bidang ilmu, penyelidikan dan menghasilkan idea,” katanya kepada pemberita pada majlis pertukaran dokumen perjanjian pengkomersialan di bawah Program Keusahawanan Siswazah UPM-MTDC, di sini hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment