My Add

Sunday 22 January 2012

Program UK Dinamik bantu penjaja kecil luar bandar

JERANTUT, AHAD, 22 Januari, 2012: Golongan peniaga dan penjaja kecil di luar bandar negara ini kini berpeluang mendapatkan pinjaman melalui kaedah yang lebih mudah menerusi program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, RM50juta diperuntukkan menerusi program berkenaan.

"Pinjaman yang ditawarkan melalui program UK Dinamik dipermudah untuk membantu 10,000 golongan tersebut memulakan perniagaan mereka.

"Selain menawarkan pinjaman, kita mempermudahkan cara permohonan di atas sekeping kertas yang perlu diisi oleh pemohon.

"Kemudahan ini disediakan kerana kita sedar dan tahu bukan mudah untuk golongan ini mendapat pinjaman daripada institusi kewangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Program Mesra Rakyat di Bandar Jerantut, di sini, petang semalam.

Menurut Mohd Shafie, skim bantuan perniagaan UK Dinamik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 September lepas menerima peruntukan awal kerajaan berjumlah RM50 juta. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment