My Add

Sunday 15 January 2012

Proton: Pemilik kepentingan Khazanah diketahui minggu depan

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Janiari, 2012: Dengan keputusan berhubung pemilik baru kepentingan 42.7 peratus Khazanah Nasional dalam Proton Holdings Bhd dijangka diketahui awal minggu depan. 

Wujud kebimbangan mendalam di kalangan peserta industri yang langkah itu akan memberi kesan terhadap perkembangan industri automotif negara.

Antaranya, program vendor yang membabitkan ramai peserta.
Mereka berpendapat, pemegang saham baru seharusnya terus mendapatkansumber luar bagi pembuatan bahagian dan komponen untuk kenderaan Proton. 

Ia dilakukan Proton sejak penubuhannya, sekali gus berjaya menggerakkan 
kerancakan industri automotif dalam negara. 

"Sekiranya pemegang saham baru ini mempunyai unit pembuatan membabitkan 
bahagian dan komponen pembuatan, mereka sepatutnya melepaskan unit itu atau tidak patut terbabit dalam bidang ini untuk kenderaan Proton. 

"Terdapat banyak vendor yang terbabit dalam pembuatan komponen dan bahagian untuk kenderaan Proton," demikian menurut sumber industri. 

Sumber yang lain pula berkata, Proton sebagai satu jenama Asia memerlukan 
seseorang yang berpengetahuan mendalam mengenai perniagaannya dan bukan setakat hanya memiliki keupayaan dari segi kewangan. 

"Ia adalah projek kereta nasional. Proton perlukan satu sentuhan peribadi. 
Kita mesti betul-betul faham sifat perniagaan Proton. Ia adalah jenama Asia," 
tegas beliau. 

Beliau juga berkata, pemegang saham baru perlu mempunyai rancangan pengembangan untuk pasaran eksport Proton. 

Proton mengeksport 20,000 kenderaan ke 25 negara termasuk Timur Tengah, Australia dan negara ASEAN. 

Sumber industri berkata, pemegang saham baru perlu mempunyai kapasiti bukan saja memulihkan prestasi kewangan Proton tetapi membawa syarikat pembuat kereta negara itu ke puncak yang lebih tinggi. 

Untung bersih Proton jatuh kepada RM20.1 juta untuk tempoh enam bulan 
berakhir 30 September 2011 daripada RM150.6 juta bagi tempoh sama 
sebelumnya. 

Untung bersih untuk suku kedua ialah RM15.5 juta berbanding RM65.9 juta dalam suku kedua tahun kewangannya yang sebelum ini. 

Sumber itu turut merasakan berlaku kurang ketelusan dalam proses membuat keputusan berhubung pemegang saham baru kepentingan Khazanah. 

"Jika Khazanah mahu menukar rakan niaga untuk Proton, sudah tentu ada 
kepimpinan baharu untuk syarikat itu. Ia seharusnya telus mengenai pihak 
yang terbabit," katanya. 

Antara pihak yang mengemukakan cadangan bagi kepentingan 42.7 peratus itu termasuklah DRB-Hicom Bhd dan pengerusi Proton Holdings, Datuk Seri Mohd 
Nadzmi Salleh. 

Dipercayai bidaan Mohd Nadzmi bukan yang paling rendah berbanding pembida yang lain. 

Rancangan Mohd Nadzmi termasuklah mentransformasikan Proton menjadi sebuah 
syarikat peserta global, bermula dengan model dengan nama kod "P3-21A" yang 
akan mentransformasikan DNA Proton. 

Mohd Nadzmi juga akan meninjau kembali pasaran eksport untuk Proton sambil menamakan China, Iran, India dan negara ASEAN sebagai pasaran berpotensi untuk pembuat kereta negara itu. 

Beliau juga berkata, terdapat lebih banyak kerjasama dengan Mitsubishi Motors Corp yang berminat untuk berkongsi mekanisme kenderaan elektriknya dengan Proton. 

Beliau juga merancang menjadikan Proton syarikat persendirian dalam usaha 
menstrukturkan keseluruhan pertubuhan itu. 

Mohd Nadzmi dilantik pengerusi Proton pada 1 Januari 2009, dan adalah pengerusi lembaga pelbagai anak syarikat dalam lingkungan kumpulan syarikat Proton. 

Beliau adalah pengarah urusan Perusahaan Otomobil Nasional Bhd dari 1993 sehingga 1996. 

Beliau juga adalah pengurus di Jabatan Perkhidmatan Pasaran Edaran 
Otomobil Nasional Bhd pada 1984 dan kemudiannya menjawat jawatan Pengarah 
Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu. 

DRB-Hicom, bagaimanapun, tidak mendedahkan rancangannya untuk Proton. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment