My Add

Tuesday 17 January 2012

Proton tak hilang identiti sebagai kereta nasional: Muhyiddin

SEMPORNA. SELASA, 17 Januari, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penjualan Proton Holdings Bhd (Proton) oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) kepada DRB-Hicom Bhd tidak akan mengubah identiti Proton sebagai kereta nasional. 

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau berkeyakinan langkah Khazanah itu akan memastikan kereta nasional tersebut terus berdaya saing di pasaran automotif dunia.

"Saya tak fikir langkah itu akan melenyapkan fungsi Proton sebagai kereta nasional. Bagi kita, ia masih lagi kereta nasional kerana ia masih di tangan rakyat Malaysia dan diurus oleh Bumiputera Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan penjawat awam daerah Semporna di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini. 

Muhyiddin diminta mengulas pengumuman Khazanah bahawa DRB-Hicom Bhd, konglomerat yang dimiliki usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, dipilih untuk mengambil alih Proton dalam satu janji niaga yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM1.291. 

Semalam, Khazanah mengumumkan penjualan 42.74 peratus kepentingannya di dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd pada harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion. 

Harga itu mewakili premium 6.2 peratus berbanding harga saham Proton pada penutup dagangan di Bursa Malaysia pada Jumaat lalu, sebanyak RM5.18 sesaham. 
Selepas selesai proses jual beli berkenaan, DRB-Hicom akan membuat tawaran awam mandatori (MGO) bagi baki saham Proton yang masih belum dimilikinya. 

Selain DRB-Hicom, Khazanah sebelum ini dikatakan menerima tawaran pengambilalihan dari Pengerusi Proton sendiri, iaitu Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh. 

Yang turut dikatakan membuat tawaran adalah Kumpulan Syarikat Naza (NAZA) dan kumpulan Tan Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez. 

Bagaimana pun, Muhyiddin berharap syarikat berkenaan akan mengatur perancangan yang strategik bagi menghadapi persaingan yang mencabar dalam industri automotif, terutama dalam mengekalkan jenama kereta nasional (Proton) secara berterusan, sekaligus membawa keuntungan kepada syarikat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment