My Add

Sunday 15 January 2012

PRU-13: Persiapan Pemuda UMNO di peringkat akhir

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Januari, 2012: Persiapan Pergerakan Pemuda UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kini memasuki peringkat akhir dan segala strategi dijangka dapat dirumuskan sepenuhnya pada Februari ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, secara dasarnya, strategi yang akan diambil oleh Pemuda UMNO adalah berimpak tinggi dengan menjadikan pemuda Melayu sebagai golongan sasaran.

"Kita sudah sampai peringkat akhir kesiapsiagaan iaitu di tahap 90 peratus, lagi 10 peratus lagi dijangka akan selesai pada bulan depan.

"Kita memberi penekanan kepada program transformasi di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak akan obses kepada apa yang pembangkang buat," katanya pada sidang akhbar selepas Taklimat Jentera PRU13 Pergerakan Pemuda UMNO di sini, semalam.

Majlis penutupan program taklimat tersebut disempurnakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Jelas Khairy, menerusi program taklimat yang diadakan hari ini, setiap kepimpinan Pemuda bahagian diberikan penugasan berdasarkan strategi yang dirangka dan ia merupakan langkah bagi memantapkan lagi kekuatan dalam menghadapi pilihan raya.

"Kami yakin wawasan dan landasan yang diambil ini akan menjadikan Pemuda UMNO sebagai pilihan terbaik kepada generasi muda," katanya.

Sementara itu, menurut Mohd. Shafie, beliau yakin dengan tahap persiapan Pemuda UMNO dalam menghadapi pilihan raya dan berharap usaha tersebut akan terus dimantapkan dari semasa ke semasa.

"Saya ingin mengingatkan yang isu (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak penting, apa yang utama adalah usaha bersama untuk membangunkan negara serta menstabilkan politik bagi menjamin kemakmuran kepada generasi masa hadapan," katanya. - MM

No comments:

Post a Comment