My Add

Sunday 8 January 2012

PRU-13: Peter Chin belum buat keputusan

MIRI, AHAD, 08 Januari, 2012: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Ahli Parlimen Miri sejak 1990, masih belum memutuskan sama ada akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen itu atau tidak pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Mengakui beban kerjanya semakin bertambah sejak dipilih menjadi Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bulan lepas, Fah Kui yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata pada masa ini beliau sering menyerahkan tugas-tugas kawasan Parlimennya kepada Setiuasaha Politiknya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew jika beliau sibuk dengan tugas-tugas kementerian atau berada di luar negara.

"Saya akan menilai tahap penerimaan para pengundi sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan pendidikan berjumlah RM33,600 kepada para pelajar di ibu pejabat SUPP Miri di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment