My Add

Saturday 21 January 2012

‘Pulangkan’ bandar Tun Razak kepada BN

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

KUALA LUMPUR, SABTU, 21 Januaari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di sini supaya memilih semula kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti itu meneruskan pembangunan di kawasan tersebut.

Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan BN sejak dahulu telah terbukti berjaya melaksanakan pembangunan dan pemodenan dalam negara.

Sebagai contoh, kata beliau, kawasan Bandar Tun Razak yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Congo pada mulanya serba kekurangan tetapi kini telah melalui pembangunan pesat dan moden.

“Cuma politiknya tidak kena pada tempatnya, sudahlah nama Tun Razak tapi tidak jadi milik BN.

“Ini tidak betul tuan-tuan, ini silap hitung, mudah-mudahan masa akan tiba tidak lama lagi, jadi tuan-tuan boleh perbetulkan.

“Kalau nak ingat balik pada Tun Razak, bumi Bandar Tun Razak ini pulangkan balik kepada BN dan inilah yang perlu kita lakukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini, hari ini.

Program itu merupakan sebahagian daripada acara turun padang Perdana Menteri di sekitar ibu kota, semalam.

Nama Bandar Tun Razak diambil sempena nama Perdana Menteri kedua yang juga bapa Najib, pada asalnya dikenali sebagai Kampung Congo berikutan pembukaannya dikhaskan untuk penempatan bekas tentera yang berkhidmat di Congo pada 1960-an.

Ia merupakan kawasan kubu kuat BN sehingga dirampas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment