My Add

Monday 9 January 2012

Rafidah Aziz sedia beri laluan

JOHOR BAHRU, ISNIN, 09 Januari, 2012: Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Tan Sri Rafidah Aziz bersedia memberikan laluan kepada muka baru untuk bertanding di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, walaupun kuasa membuat keputusan terletak di atas pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN), namun beliau telah membuat persiapan awal bagi menyediakan pemimpin pelapis.

"Sudah tiba masanya saya berehat daripada politik setelah hampir 38 tahun bergelumang dalam dunia politik sejak 1973 dengan memegang jawatan termasuk Senator, Ahli Parlimen dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari 1987 hingga 2008.

"Ini kerana bagi saya kita harus memikirkan soal pelapis dari awal lagi, hendaknya pula kita ini semakin hari semakin tua, takanlah saya nak duduk di Parlimen sampai umur 70-an. Usia saya kini dah 68. Jadi, rasa saya biarlah kalau diizinkan, kita bagi kepada orang lain dan lebih separuh hidup saya diabadikan sebagai wakil rakyat dan senator," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu- isu Semasa BN Gelang Patah di Dewan MPJBT, Skudai, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi BN Gelang Patah, Datuk Abdul Aziz Sapian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya; Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng; Ahli Parlimen Tenggara, Halimah Mohamed Sadique dan Ketua Wanita BN Gelang Patah, Zainab Othman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment