My Add

Tuesday 10 January 2012

Rakaman video kesan dalang letupan di luar mahkamah ditaliti

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 Januari, 2012: Polis sedang meneliti rakaman video bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab berhubung tiga letupan semasa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini semalam. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata polis juga akan mengumpul segala maklumat yang diperoleh bagi memutuskan sama ada penganjur perhimpunan didapati melanggar peraturan atau tidak.

"Kita akan tengok video yang kita rakam dan akan melihat secara keseluruhan keadaan semasa perhimpunan dan juga dalang yang meletakkan bahan letupan buatan sendiri itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohmad berkata, polis juga akan menyiasat di tapak letupan itu berlaku dan juga mengenai perjalanan perhimpunan. 

Semalam, Anwar dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. Seramai 4,500 penyokongnya berhimpun di luar mahkamah untuk mengetahui keputusan itu. 

Bagaimanapun, perhimpunan itu dicemari tiga letupan yang dipercayai daripada bom buatan sendiri mengakibatkan lima orang cedera. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment