My Add

Saturday 7 January 2012

Ramalan pembangkang tidak jejas BN: Muhyiddin

PAGOH, SABTU, 07 Januari, 2012: Ramalan pembangkang yang mendakwa bakal memperoleh lebih banyak kerusi atau menyasarkan negeri-negeri tertentu tidak membawa kesan apa-apa kerana kuasa penentu adalah di tangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang boleh membuat pelbagai ramalan kerana memang menjadi cita-cita mereka untuk mengambil alih kuasa untuk memerintah negara.

"Dia boleh 'claim' menang 100 peratus pun tidak mengapa, bagi kami itu tidak membawa kesan apa-apa.

"Dia boleh tiup trumpet sendiri tetapi balik kepada soal pokoknya, rakyat adalah penentu. Kita juga ada strategi jadi tidak perlu nak respons pada mengatakan ya atau tidak.

"Kita mahu rakyat membuat pertimbangan bijaksana apakah mereka yakin pakatan pembangkang berupaya untuk terus kekalkan keamanan, kesejahteraan, membangunkan rakyat semua kaum, melaksana dasar secara adil dan benar-benar mewakili semua pihak dan semua puak," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam temu bual dengan akhbar Sinchew Daily mengenai keyakinan pembangkang merampas kembali Perak, mendapat lebih banyak kerusi di Negeri Sembilan dan menguasai satu pertiga kerusi di Johor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment