My Add

Tuesday 10 January 2012

Ratusan Islam bantah larangan bertudung di Bangkok

BANGKOK, SELASA, 10 Januari, 2012: Ratusan penduduk Islam mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini bagi membantah tindakan sebuah sekolah menengah aliran Buddha melarang seorang pelajar Islam memakai tudung.

Muslim ‘Group for Peace’ menyifatkan Sekolah Menengah Wat Nongjok di sini yang tidak membenarkan seorang pelajar Islam memakai hijab atau bertudung kepala sebagai satu tindakan prejudis terhadap Islam.

Mereka berkata, tindakan sekolah itu bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran memandangkan seorang pelajar mempunyai hak untuk memilih pakaian seragam.

"Sebenarnya, Kementerian Pelajaran telah menghantar surat yang menandakan tindakan sekolah itu sebagai salah laku,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu di tempat perhimpunan.

Kumpulan itu mendakwa beberapa guru dan pentadbir sekolah terus menerus enggan mengajar atau membenarkan pelajar memasuki sekolah berikutan isu itu dari semasa ke semasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment