My Add

Monday 9 January 2012

'Reda apa jua keputusan'

SEORANG anggota polis, Mohd. Zikri Alias memasang tali untuk menghalang kenderaan masuk di pekarangan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam bagi memberi ruang penyokong Anwar Ibrahim berhimpun.

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Januari, 2012: Saksi utama kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menyatakan bahawa dia reda dengan apa juga keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mohd. Saiful Bukhari yang sebelum ini melalui detik sukar bagi mendapatkan keadilan bagi dirinya yakin kebenaran akan bangkit dan dia akan terus berdoa kepada Allah, selain bersabar atas semua dugaan yang diterimanya.

"Reda apa jua keputusan. Kepada Allah saya berserah. Akan terus doa, istiqamah dan sabar," katanya di dalam laman sosial Facebook miliknya semalam.

Mahkamah Tinggi di sini sebelum ini menetapkan esok sebagai tarikh keputusan bagi kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang dan Mohd. Saiful Bukhari itu.

Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Februari 2010 iaitu kira-kira dua tahun tujuh bulan selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

Kes itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan telah dibenarkan oleh mahkamah.

Mohd. Saiful Bukhari dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan rakyat Malaysia terhadapnya sebelum ini. Dia juga meminta semua terus berdoa agar kebenaran membabitkan kes itu muncul. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment