My Add

Sunday 15 January 2012

RM4 juta BR1M diagih

ISMAIL Kijo (tengah) menyerahkan plak program baik pulih rumah kepada Norliah Sutan sambil diperhatikan oleh Sheikh Arziman Sheikh Ali (kiri) dan Sallehhoddin Abu Bakar di Lembah Jaya Selatan, Ampang, Selangor, semalam.

Oleh NAZERI NONG SAMAH

AMPANG, AHAD, 15 Januari, 2012: Kira-kira 7,836 penduduk dalam kawasan Ampang berpeluang menerima hampir RM4 juta wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi fasa pertama yang akan dibayar pada 18 Januari ini.

Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, bayaran BR1M bernilai RM500 bagi setiap pemohon yang berkelayakan itu adalah kepada golongan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

''Berdasarkan statistik, Ampang merupakan kawasan paling ramai didiami penduduk miskin bagi kawasan perbandaran di Selangor yang layak menerima BR1M itu,'' katanya.

Tambah Ismail, sebelum ini pihaknya menyediakan sebanyak 55 pusat pendaftaran untuk BR1M di kawasan Ampang yang menerima lebih 11,000 permohonan.

''Namun bagi yang ketinggalan masih boleh mendapatkan borang permohonan bantuan itu di Pejabat UMNO Bahagian Ampang sehingga 10 Februari ini,'' katanya.

Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang menyatakan demikian kepada Mingguan Malaysia selepas menyempurnakan majlis Penyampaian Baik Pulih Rumah kepada warga emas, Norliah Sutan di Lembah Jaya Selatan, di sini semalam.

Hadir sama Pengurus Besar GiatMara Selangor, Sallehhoddin Abu Bakar; Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Sheikh Arziman Sheikh Ali; Setiausaha Barisan Nasional (BN) Ampang, Jasman Aslim dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Ampang.

Mengenai program baik pulih rumah itu, Ismail berkata, ia adalah peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan dilaksanakan menerusi GiatMara. - MM

No comments:

Post a Comment