My Add

Monday 9 January 2012

Rohimah rayu cari adik

IPOH, ISNIN, 09 Januari, 2012: Seorang wanita, Rohimah Fadzil merayu bantuan orang ramai untuk mengesan adiknya, Halim, 40, bagi menyelesaikan urusan pembahagian harta pusaka bapa mereka yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Rohimah, 45, yang kini menetap di Batu Gajah, dekat sini berkata, Halim merupakan salah seorang daripada 14 anak hasil perkahwinan bapanya, Fadzil Talib dengan tiga wanita.

"Saya merupakan anak daripada isteri pertama manakala Halim anak tunggal hasil perkahwinan ayah dengan isteri yang kedua. Ayah juga mempunyai tujuh lagi anak dengan isteri ketiga.

"Sejak ayah meninggal kira-kira dua tahun lalu, saya cuba mengesan Halim di kampungnya di Chemor tetapi gagal kerana ibunya telah meninggal dunia," katanya kepada Utusan Malaysia.

Rohimah bagaimanapun memberitahu, dia dimaklumkan bahawa Halim telah berkahwin dengan orang Sarawak dan kini menetap di sana.

Rohimah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi tempat tinggal atau mengenali adiknya itu supaya menghubunginya di talian 012-5324518.

No comments:

Post a Comment