My Add

Wednesday 18 January 2012

Sabah tak pinggir masyarakat Cina - Musa Aman

KOTA KINABALU, RABU, 18 Januari, 2012: Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat Cina malah akan terus memelihara kepentingan mereka sebagai sebahagian daripada arus pembangunan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, kerajaan akan memastikan kebajikan masyarakat Cina tetap terjamin dengan kemampuan memberikan kira-kira RM30 juta untuk bantuan kewangan kepada sekolah Cina dan pembinaan tokong sejak beberapa tahun lepas.

"Seperti yang kebanyakan kita tahu, sebelum ini kerajaan negeri hanya mampu memperuntuk satu hingga dua juta ringgit, tetapi sejak beberapa tahun lalu kita mampu memberi kira-kira RM30 juta untuk tujuan tersebut.

"Kerajaan juga membantu aktiviti persatuan dan dewan perniagaan Cina dan akan menyalur bantuan setakat yang mampu.

"Kerajaan negeri telah menyediakan belanjawan sebanyak RM4 bilion tahun ini, wang yang akan digunakan untuk membawa lebih banyak pembangunan sosioekonomi,” katanya ketika merasmikan Karnival Tahun Baru Cina sempena sambutan ulang tahun ke-12 Bandar Raya Kota Kinabalu di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment