My Add

Saturday 14 January 2012

Sabitan kes SPRM tahun 2011 tertinggi

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Januari, 2012: Kadar sabitan kes melibatkan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang diperkenalkan tiga tahun lalu mencatat peningkatan dengan kadar 74 peratus bagi tahun 2011.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, jumlah tersebut merupakan peratusan paling tinggi berbanding 71 peratus bagi tahun 2010 dan 54 peratus (2009).

Begitu juga jumlah denda yang dikenakan oleh mahkamah di seluruh negara turut menunjukkan peningkatan kepada RM10,891,145 berbanding RM9,495,555 pada tahun 2010.

''Antara punca kejayaan ini adalah hasil daripada tertubuhnya Mahkamah Sesyen Khas yang membicarakan kes rasuah pada 16 Februari 2011.

''Ia telah mempercepatkan perbicaraan kes di mahkamah dan sekali gus membolehkan saksi-saksi dapat mengingati kejadian dengan lebih tepat dan mengurangkan jumlah saksi yang berpaling tadah,'' jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, kejayaan itu juga berpunca daripada wujudnya peruntukan dalam akta baru SPRM mengenai peranan berterusan yang dimainkan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan Jawatankuasa Aduan yang memantau pengurusan SPRM. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment