My Add

Tuesday 17 January 2012

A Samad Said dilantik Pengerusi Bersama Bersih

http://dinmerican.files.wordpress.com/2012/01/pak-samad009.jpg
KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Januari, 2012: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (gambar kiri) dilantik sebagai Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). 

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerus Bersih, Datuk S Ambiga di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) hari ini. 

“Di sini kita ambil kesempatan untuk mengumumkan pelantikan secara rasmi, Datuk A.Samad Said yang akan bersama-sama memperjuangkan hak rakyat iaitu pilihan raya yang telus,” kata beliau. 

Katanya, pelantikan Samad dapat membantu NGO itu terus memperjuangkan lapan tuntutan bagi mendesak kerajaan melakukan reformasi pilihan raya. 

Samad sebelum ini mencetuskan fenomena luar biasa apabila secara terbuka menggesa kerajaan melakukan pilihan raya yang bersih dan adil. 

Pada Himpunan Anjuran Bersih 9 Julai tahun lalu, Samad turut serta bersama puluhan ribu rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur bagi menyampaikan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong. 

Dalam sidang media yang sama, Samad berkata, beliau kini bersedia untuk memainkan peranan penting dalam gabungan itu. 

“Sebelum ini saya hanya mendokong, namun kali ini saya rasa menjadi kewajiban sangat penting untuk membersihkan pilihan raya berlandaskan demokrasi. 

“Sudah waktunya saya memberi sumbangan kepada rakyat dan meringankan bebanan Ambiga,” kata beliau. 

Turut dilantik menjadi ahli jawatan kuasa (AJK) bersih, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abdul Razab. 

No comments:

Post a Comment