My Add

Thursday 12 January 2012

Saranan calon PRU 13 jalani pemeriksaan kesihatan

KUALA LUMPUR,KHAMIS, 12 Januari, 2012: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyaran calon-calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 supaya menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan sihat.

Katanya, tahap kesihatan amat penting bagi membolehkan setiap calon dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat sekiranya dipilih kelak.

"Kita harap semua parti melihat kepada status kesihatan calon masing-masing,” kata Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA, kepada pemberita selepas melawat Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari di kementerian itu di sini, hari ini.

Menurutnya, MCA meletakkan syarat itu dan akan meminta setiap calonnya menghantar status kesihatan kepada presiden.

Tiong Lai turut menasihatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen supaya menjaga kesihatan dan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk kekal cergas bagi melaksanakan tugas.

"Kementerian sering mengadakan pemeriksaan kesihatan di Dewan Negara dan Parlimen. Saya juga akan menghantar surat kepada ahli Parlimen dan ADUN sekiranya mereka memerlukan bantuan dari kementerian,” katanya. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment