My Add

Thursday 19 January 2012

Satu pukulan 'KO' kepada Pas

KHAMIS, 19 Januari, 2012:
Awal pagi tadi, saya terima SMS panjang lebar daripada rakan wartawan pencen macm saya. Dia tanya saya apa sudah jadi dengan Pas?

Padan muka katanya. sudah kena 'main' dengan PKR berhubung perlantika Exco portfolio hal ehwal agama Islam di Selangor.n

Sebaliknya portfolio tersebut, yang sebelum ini diterajui oleh Datuk Dr. Hasan Ali, beralih kepada PKR menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum disingkirkan daripada Pas, Hasan menyandang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Rakan saya merungut lag. Katanya, sebagai parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam, imej Pas kini bukan sahaja tercalar, malah semakin teruk terjejas.

Lebih teruk lagi tambahnya, apabila calon daripada Pas. ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor tidak diberi atau dilantik bagi meneruskan tugas yang dikosongkan oleh Hasan itu. 

Yang muncul atau diketengahkan ialah ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi
yang hanya akan bertanggungjawab terhadap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Perlantikan orang lain selain daripada yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan Pas Pusat berkaitan agama Islam nyata satu pukulan 'KO' kepada Pas.

Ia seolah-olah menunjukkan Pas tidak layak lagi untuk menguruskan portfolio berkaitan Islam sekalipun namanya parti Islam.

Menurut pandangan rakan saya, Hasan dipecat pun, kerana wujud percanggahan ketara di antara Hasan dan kepimpinan Pas lain berhubung isu-isu kepentingan Islam.

Melihat percaturan pakatan pembangkang di Selangor, nampak benar suara Pas tidak lagi didengar.

Pada hematnya, Pas di Selangor tidak boleh mendabik dada. Imejnya sebagai parti memperjuangkan Islam, cukup tercalar.

Katanya, tindakan Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio terbabit membuktikan kedudukan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang bagaikan  melukut di tepi gantang.
Nampaknya keputusan yang 'dimainkan' Khalid Ibrahim  memperlihatkan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang tidak 'dipercayai' lagi oleh rakan yang lain.

No comments:

Post a Comment