ABU Bakar Lim Abdullah (kiri) atau nama asalnya, Lim Kooi Tiong, 60, bersama isterinya Roziah Mohd Said, 50, dari Batu 2, Jalan Changlun menunjukkan kad memeluk Islam yang dikeluarkan oleh PERKIM Kedah, di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Seorang saudara baru mencari adik dan abangnya bagi membantu permohonannya untuk mendapatkan Mykad.
Abu Bakar Lim Abdullah atau nama asalnya, Lim Kooi Tiong, 60, berkata abangnya bernama Lim Kim Sia manakala adiknya bernama Lim Kooi Seng.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengingati nama adik perempuannya.
Beliau berkata, mereka dilahirkan di Kampung Pida 10, Sanglang, Kodiang sementara ibu bapa mereka Lim Peng Eng dan See Chai Koon sudah meninggal dunia.
Abu Bakar berkata, beliau sudah beberapa kali memohon untuk mendapatkan kad pengenalan tetapi tidak berjaya kerana diminta supaya mengemukakan saksi bagi mengesahkan beliau adalah rakyat negara ini.
Katanya, beliau terputus hubungan dengan keluarganya selepas memeluk Islam pada Mac 1983.
Beliau kini tinggal di Nombor 93, Batu 2, Jalan Changlun dan boleh dihubungi menerusi talian 04-9254575. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment