My Add

Wednesday 18 January 2012

Saya dengar lain, akhbar tulis lain - Nik Aziz

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan Negara China, Zhao Guang Qing, di pejabatnya tengah hari tadi. Turut hadir, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas anggota Dewan Negara, Ahmad Rusli Ibrahim.
KOTA BHARU, RABU, 18 Janari, 2012: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan terhadap Ktaetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim penyokong 'gay' adalah karut.

Katanya, pihak media masih belum serik membuat fitnah terhadap Anwar walaupun usaha yang sama menerusi kes liwat telah tersungkur.

Menurut laporan Harakahdaily, Nik Aziz berkata: "Apa yang beliau dengar kenyataan Anwar berhubung undang-undang gay berlainan dengan apa yang tersiar dalam media.

“Saya dengar Datuk Seri (Anwar) sebut benda lain tetapi surat khabar tulis benda lain.

“Sudahlah tuduhan liwat baru-baru ini memakan masa berpuluh tahun berakhir dengan sekelip mata, kali ini tak serik lagi nak buat tuduhan lain pula,” ujarnya.

Beliau mengingatkan pihak lawan untuk menyerang parti yang lain perlu menyerang dasar dan bukan batang tubuh atau peribadi.

“Menyerang manusia ini dipanggil mengumpat, tetapi politik ini diserang dasar oleh pihak lawan dan bukannya peribadinya.

“Serang dasar parti yang dipegang oleh Datuk Seri, itu perkara lain, ini tidak serang peribadi, semuanya kerja tak cerdik,” ujarnya lagi.

Sementara itu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Barisan Nasional sendiri ternyata gagal dalam menangani isu homoseksual ini.

Malah beliau mempersoal, apa tindakan kerajaan terhadap aktiviti terkutuk itu yang aktif beroperasi di sekitar Chow kit dan Lorong Haji Taib.

"Kalau benar kerajaan BN bersungguh menentang gay, kenapa di Lorong Haji Taib ini bersepah aktiviti ini.

"Saya nak katakan bahawa, undang-undang yang sedia ada ini gagal menangani permasalahan ini," katanya.

No comments:

Post a Comment