My Add

Sunday 8 January 2012

Sedia bayar tuntutan sagu hati

PUTRAJAYA, AHAD, 08 Januari, 2012: Pembayaran sagu hati khas, RM3,000 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet Pembentangan 2012 kepada lebih 70,000 bekas anggota keselamatan yang berkhidmat semasa darurat kini telah sedia untuk dilaksanakan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, permohonan bagi mereka yang layak ketika berkhidmat antara 1948 dan 1962 di Semenanjung serta 1962 dan 1974 di Sabah serta Sarawak sudah boleh dibuat.

"Sehubungan itu, mereka yang layak boleh mengemukakan tuntutan. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang daripada laman sesawang www.moha.gov.my.

"Mereka juga boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP) di talian 03-88868583, 88868193, 88868584 atau 88868000," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Mahmood berkata, pembayaran tersebut akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC); Home Guard (HG); Auxiliary Police (AP); Extra Police Constable (EPC); Border Scout (BS); Jungle Scout/ Squad (JS) ; Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC).

"Bagi anggota yang telah meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti.

"Bagaimanapun, permohonan perlu disertakan dengan borang akaun status pemohon yang disahkan ketua kampung atau ketua polis di balai terdekat," katanya. - MM

No comments:

Post a Comment