My Add

Wednesday 11 January 2012

Segera selesai masalah bekalan air - Syabas

KUALA LUMPUR, RABU, 11 Januari, 2012: Kerajaan Persekutuan dan Selangor diminta menyelesaikan segera masalah pelaksanaan projek pembinaan Loji Rawatan Air dan pembinaan empangan bagi mengelak berlakunya krisis bekalan air di Lembah Klang menjelang 2014.

Gesaan tersebut dibuat oleh Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail yang menyebut sehingga kini projek yang masih belum dapat diteruskan ialah pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2, Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor serta pembinaan empangan dan loji baru di Salak Tinggi, Selangor.

"Projek-projek ini tidak dapat diteruskan akibat tidak mendapat persetujuan kerajaan negeri membabitkan termasuk isu tanah dan harga air,” katanya di satu sidang akhbar di sini hari ini.

Rozali berkata, projek-projek tersebut perlu disegerakan untuk memenuhi permintaan bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang meningkat 3.5 peratus setiap tahun.

"Kapasiti pengeluaran air bersih sedia ada tidak cukup menampung permintaan kerana kadar pengeluaran air di loji rawatan sekarang mencapai tahap maksimum dan tidak boleh lagi dipertingkatkan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment