My Add

Thursday 12 January 2012

Selangor cuba ‘lepas tengkuk sendiri’

SHAH ALAM, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Sikap Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikesali kerana cuba ‘lepas tengkuk sendiri ', sebaliknya menyalahkan pihak lain berhubung kutipan sampah di negeri itu.

Menurut Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd. Satim Diman, sikap sedemikian jelas dilihat setelah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa wujud cubaan sabotaj oleh pihak tertentu konon, menabur semula sampah di kawasan yang sudah dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, sebagai kerajaan yang mentadbir negeri ini, mereka tidak harus bersikap sedemikian kerana menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan setiap dasarnya memberi manfaat kepada rakyat.

‘‘Dalam tempoh empat tahun, siapakah yang mentadbir Selangor ini, adakah Barisan Nasional (BN)? Mereka patut sedar bahawa merekalah yang mentadbir negeri ini.

‘‘Sekiranya mereka mengatakan pentadbiran kerajaan negeri hari ini telus dan berkebajikan, bagaimana boleh timbul aduan dan rungutan daripada rakyat mengenai perkhidmatan kutipan sampah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Isu kutipan sampah tmencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati oleh para penduduk di negeri ini, antaranya melibatkan kawasan Shah Alam, Klang dan Kajang yang kecewa dengan kegagalan pengurusan perkhidmatan tersebut.

Masalah itu timbul selepas Kerajaan PKR Selangor menamatkan khidmat Alam Flora Sdn. Bhd., dan kontraktor baru yang dilantik gagal melaksanakan tugas dengan baik.


No comments:

Post a Comment