My Add

Sunday 22 January 2012

Seorang maut, dua cedera nahas di LPT

TEMERLOH, AHAD, 22 Januari, 2012: Seorang maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 112.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Noor Mansur, berkata mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahman Abdullah, 20, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Dua rakannya, pemandu kereta Muhammad Zulkfikar Nasaruddin, 21, dan seorang lagi yang belum dikenal pasti identiti, cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian jam 5.15 petang semalam itu, kereta jenis Perodua Viva itu yang menghala ke arah Kuala Lumpur terbabas selepas tayar kiri bahagian belakang pecah.

"Kereta berkenaan kemudiannya terbabas ke dalam longkang di tepi lebuh raya berkenaan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment