My Add

Sunday 15 January 2012

Sokongan kaum Cina bertambah baik

JELEBU, AHAD, 15 Januari, 2012: Sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional (BN) akan bertambah baik dari semasa ke semasa ekoran pengenalan beberapa bentuk bantuan yang disalurkan kerajaan kepada mereka.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia dan bantuan persekolahan sebanyak RM100 sudah cukup memberi gambaran kepada mereka bahawa kerajaan yang ada sekarang benar-benar mengambil berat tentang masalah rakyat.

"Tinggal lagi pembangkang menyatakan bahawa mereka boleh buat lebih hebat, tapi kita harus fikir bahawa mereka tidak ada apa-apa dan mereka tidak ada pelaburan atau modal, tapi hanya di mulut sahaja.

"Kita pula buktikan terus menerus, dan keyakinan inilah yang akan membawa kita kepada suasana di mana rakyat Tionghua memberi sokongan kepada BN terus menerus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Tahun Baru Cina di Simpang Pertang di sini semalam.

Katanya, sokongan yang ditunjukkan masyarakat Cina akan menambah kesungguhan BN berusaha bagi mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Pada majlis itu, Rais turut menyampaikan sumbangan komputer riba 1Malaysia kepada 17 penerima, selain bantuan seperti limau mandarin sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment