My Add

Sunday 15 January 2012

SPDP tamatkan keahlian empat anggotanya

KUCHING, AHAD, 15 Januari, 2012: Majlis Tertinggi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang be rmesyuarat di ibu pejabatnya di sini sebulat suara memutuskan untuk menamatkan keahlian empat anggota parti itu berkuatkuasa hari
ini.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru yang juga Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Peter Nansian Ngusie, Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr. Tiki Lafe, ADUN Bekenu, Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.

Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, tindakan itu bertujuan mengelak anggota parti di peringkat bawahan serta rakyat terkeliru dengan kedudukan mereka dalam Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Keempat-empat anggota itu sebelum ini mengumumkan mereka 'keluar' parti tetapi menganggotai Kelab BN.

Ditanya kedudukan mereka dalam Kelab BN, Mawan berkata, sesiapa saja boleh menjadi ahli atau menubuhkan kelab itu termasuk banyak kelab BN di luar negara.

Beliau berkata selepas menyelesaikan masalah tersebut, kini SPDP mahu memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum, Perhimpunan Agung Tiga Tahunan (TGA) pada 17 Mac ini di Bintulu serta program parti sepanjang tahun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment